MENU MAKANAN






CARTA MAKANAN YANG SIHAT




Tadika kami mengamalkan cara permakanan yang sihat untuk menjamin kanak-kanak mendapat serat dan diperlukan dalam badan. Dengan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang ianya dapat memberi banyak manfaat kepada minda dan otak kanak-kanak agar menjadi lebih cerdas dan aktif. Selain itu , dengan adanya permakanan sihat diamalkan, kanak-kanak akan mendapat tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti seharian. Seterusnya, kanak-kanak tidak akan mudah dijangkiti penyakit sekiranya mengamalkan cara permakanan yang betul itu kerana kanak-kanak yang kian membesar memerlukan nutrien dan vitamin yang mencukupi agar badan dapat dijamin kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Tahukah anda ? Setiap badan manusia memerlukan 2 liter air untuk seharian agar kekal cergas. Air putih mengandungi kandungan mineral yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu, kita sebagai manusia apatah lagi kanak - kanak amatlah wajib untuk minum air putih(air suam) sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi setiap seorang manusia. Maksudnya disini adalah, kanak-kanak di tadika kami akan diberikan untuk minum air putih sebanyak 2 liter satu hari bagi memberi tenaga disamping itu juga, kami akan memberikan kanak-kanak makanan yang berzat tinggi pengambilan makanan yang penuh dengan khasiat pada setiap hari dan disudahi dengan pencuci mulut dengan buah-buahan. Buah-buahan mengandungi pelbagai vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh manusia. Oleh kerana itu, tadika kami mengamalkan pengambilan buah-buahan untuk kanak-kanak. Kesimpulannya, tadika kami telah memilih untuk mengamalkan gaya permakanan yang sihat adalah kerana untuk menjamin kesihatan kanak-kanak kekal cergas sepanjang masa. Prinsip tadika kami pelanggan adalah keutamaan kami.

No comments:

Post a Comment