LOGO
Tadika Wonderland telah ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Puan Sharifah Halimah Binti Syed Omar. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sebelum tadika ini ditubuhkan, beliau pernah bekerja di taska dan di tadika sebagai pengasuh dan guru selama 10 tahun. Setelah menimba pengalaman pahit manis selama 10 tahun di tempat kerja, beliau telah membuat keputusan untuk membuka tadika sendiri yang diberi nama sebagai TADIKA WONDERLAND. Nama tadika ini diperoleh daripada sebuah pusat mainan yang amat digemari oleh anak beliau sendiri. Semenjak penubuhan tadika ini , Puan Sharifah mempunyai seorang pembantu yang setia dengan beliau iaitu Puan Nurul Waheeda Ramli. Tadika ini akan dikendalikan oleh Puan Nurul Waheeda sekiranya Puan Sharifah Halimah mempunyai urusan penting dan terpaksan pergi ke luar negeri selama beberapa hari. Selain itu, Puan Sharifah Halimah juga telah melantik beberapa lagi orang staf lain iaitu :-
Puan Aswini A/P Muniandy (Guru)
Puan Wan Noremylia Binti Wan Sharidam (Pembantu Guru)
Puan Azalina Binti Ahmad (Pembantu Dapur)
Ketiga-tiga staf yang dilantik mempunyai pengalaman dalam pendidkan awal kanak-kanak dan mempunyai taraf pendidikan sekurang-kurangnya bachelor dalam pendidikan awal kanak-kanak.
AKTIVITI-AKTIVITI TADIKA KAMI BERSAMA STAF
Aktiviti tahunan - Staf-staf akan diberikan keistimewaan sebagai tanda penghargaan. Contohnya: setiap setahun sekali pemilik tadika akan membawa kesemua staf melancong di dalam dan luar negeri/ negara.
Aktivi menjelang waktu perayaan - Setiap kali perayaan , pemilik tadika akan membuat majlis seperti majlis ramah-tamah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara staf.
Aktiviti bulanan - Tertakluk kepada pemilik tadika.
No comments:
Post a Comment